Tuesday, 22 February 2011

Eksplorasi to Kapit Sarawak

1st time sampai kapit (trminal sibu)





1st time datang kapit memang rasa janggal sangat.......bb bnyak org ckap kapit nie tmpat dia tidak moden n sangat mengamalakan adat istiadat lama.....tetapi selepas sampai kapit baru taw macam mna keadaan kat c nie seronok kat cnie bnyak trjumpa bnda2 yg peilk....paling kelakar mula2 datang c nie majoriti orang kat c nie smua cakap iban....hehehe....kami apa lagi bt taw jak la (kantoi brabis la) hehehe....lma2 kat c nie pandai cakap iban uda....semua orang kapit ramah-ramah semua dengan cra mrka melayan tetamu yang dtg ke tempat mrka dlyn dgn baik..."grenti dpt lyanan yg baik punya"

Bahagian Kapit (dahulunya dikenali juga sebagai bahagian Ketujuh) meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian Sibu. Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Belaga dan Song. Ketiga-tiga daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98,841 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56,709 orang.
Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum Iban diikuti kaum Cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian. Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga.





Pejabat Residen kapit (9 tingkat)





Rajah Charles Brooke telah mengasaskan Kubu Kapit (Fort Kapit) pada tahun 1880 sebagai bandar garrison, ia bertujuan untuk menyekat masyarakat Iban dari berpindah ke seberang sungai dan seterusnya menyerang penempatan perkampungan Orang Ulu. Kemudian kubu tersebut dinamai semula sebagai Kubu Sylvia atau (Fort Sylvia), sempena mengambil nama isteri Rajah Vyner Brooke, tetapi bandar tersebut mengekalkan namanya sebagai Kapit. Awalnya, bandar Kapit diselesaikan oleh kumpulan etnik kecil Cina Hoklo (Hokkien) pada tahun 1880, tambahan suku kaum Cina Ka telah berimigrasi kebandar tersebut pada tahun 1906, dan Cina Fuzhou pada tahun 1919.

Fort Sylvia




Masyarakat Cina mula berkecimpung dalam aktiviti pertanian berteraskan getah, lada hitam dan melaksanakan aktiviti perdagangan lembaran getah dan barangan hasil hutan. Dalam tahun 1941, ketika waktuPenjajahan Jepun, Kapit hanya mempunyai dua deretan bangunan teres yang menempatkan 37 buah rumah kedai. Bandar Kapit pernah dihancurkan kesemuanya ketika peperangan akibat dari ledakan bom berantai yang dijatuhkan ke atas bandar tersebut. namun pada hari ini, Kabit merupakan semua bandar yang sibuk tetapi keadaannya sangat padat dengan beberapa jalan yang sejajar dengan sungai.
Meskipun untuk pergi ke bandar tersebut hanya boleh dicapai dengan perahu ataupun bot-bot kecil, (perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Sibu dengan menggunakan bot-bot ekspres) atau dengan menggunakan pesawat ringan, itu adalah suatu kehidupan komersil dan terdapatnya pusat sosial di tengah-tengah Sungai Rajang ke rumah panjang masyarakat dan kem kayu. Ini adalah dasar yang sangat baik untuk menerokai rumah-rumah panjang berdekatan atau untuk menetapkan perjalanan ke Hulu Rajang dan Sungai Balleh.

Bot yang dinaiki untuk pergi ke kapit dari bandar sibu.....


Pelagus Resort
Tempat ini terletak di kapit memerlukan masa 1 jam lebih untuk sampai ke sana dengan menggunakan speed boot melalui sungai batang rajang...uik siok rugi x p sna.....

Jeram Pelagus





Resort pelagus...(msih kekal terdisi lama...)
tetapi tempat ini sudah tidak beroperasi lagi disebabkan tidak mendapat support dari orang luar.....:(





Pasar Kapit

No comments:

Post a Comment